Kata orang, tiada yang lebih membuatkan seorang wanita nampak cantik, selain keyakinan yang tinggi.

Tetapi lain pula yang terjadi kepada wanita berusia 58 tahun dari United Kingdom ini. Stephanie Arnott dengan yakin memberitahu semua orang bagaimana dia sering menjadi perhatian lelaki kerana kecantikan yang dimilikinya.

Sayangnya, reaksi orang ramai langsung tidak menyokong kenyataannya itu.





Arnott muncul dalam rancangan bual bicara This Morning dan memberitahu kecantikannya membuatkan ramai lelaki menangis melihat kecantikannya.

Malah dia juga memberitahu, kecantikannya itu pernah membuatkan seorang lelaki yang sedang memandu, tidak dapat mengawal kenderaannya dan kemalangan.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 38 tahun itu juga tanpa segan silu berkata, dia sememangnya sudah cantik semenjak remaja.

Dia juga dengan yakin menegaskan, dia sepatutnya bergelar model Vogue namun masalah ketagihan gula yang dialaminya menghalang hasratnya itu.