berita

Wanita Anggun Persis ‘Che Ta’ Ini Serious Mahu Cari Calon Suami. Berminat?

August 17th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

bella valentino

Kami ingatkan informer kami ni main-main masa beritahu mengenai wanita cantik ini mahu mencari calon suami.

Tapi, bila kami pergi ke profilnya, ternyata wanita yang dikenali dengan nama Bella Valentino ini sedang bersungguh-sungguh mahu mencari jejaka yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Join Cari Jodoh Malaysia FB cari suami!

Screen Shot 2015-08-17 at 2.35.45 PM

Menerusi laman fb Cari Jodoh Malaysia, wanita ini telah memberikan sedikit pengenalan mengenai dirinya dan kriteria lelaki yang dicari.

Nama : Fatimah @ Bella valentino
Jantina : Perempuan
Umur : 20an
Agama : Islam
Status : Bujang @ tiada komitmen hubungan dengan sesiapa..
Berat / tinggi : 50kg
Asal : Shah Alam selangor Darul Ehsan.
Lokasi Terkini : Shah alam.
FB link adress : Bella valentino

Screen Shot 2015-08-17 at 2.40.19 PM

Tentang Diri : saya mempunyai sifat yg pelik.. Suke pergi Hospital sakit jiwa atau hospital biasa melawat orang tua sakit dan suke melayan gelagat orang tua sakit walau tiada pertalian darah.. Suke pastry (walau banyak kali failed hasilnye.. Anak mak dan sangat rapat dengan keluarga dan suke berniaga..

Ciri-ciri pasangan idaman : lelaki yang 100% normal.. Islam.. Sejuk mata memandang.. Pentingkan keluarga dan ibu bapa.. Baik budi bahasa.. Berkerjaya tetap.. Yang nak anak ramai ( sebab adik beradik saya 12 orang ) Dan yang penting, boleh terima saya dan keluarga saya dan mampu menjadi imam pada saya dan anak-anak dan mampu membimbing saya sebab saya ni seorang yg happy go lucky..

Umur calon di cari : 25- 35 tahun..

Sebab sertai CJM : kerana kekangan waktu yang sangat sibuk, tidak mengizinkan saya untuk berkenalan dengan orang laen dan sekarang waktu yang sesuai untuk cari teman hidup.. Bukan cari kawan atau bf.. Jodoh adalah rahsia dan di tetapkan oleh allah.. Sebagai hambanya kita berhak mencari di mana jodoh kita berada..

Kenapa takde bf lagi?

Screen Shot 2015-08-17 at 2.42.55 PM

Ramai yang bertanye kenapa sampai sekarang saya masih belom ada teman istimewa di hati..ada yang berkata saya ni gurl sombong yang cume mahu lelaki yang berduet dan tidak kurang jugak yang bercakap saya cume mahu lelaki yang ada rupa…oooooooooooooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhh..

Tidak sama sekali..saya bukan cantik macam tuan puteri.. Dan saya juga bukan selebriti yang mampu pilih lelaki yang saya idamkan.. saya tidak kisah berdamping dengan boy tiada rupa.. cume saya nak lelaki yang boley menjadi suami yang yang setia dan taat pada agama..

Saya bukan sekadar nak menjadi isteri yang taat pada suami bila sah lafaz nikah suami pada saya..tetapi saya ingin lahirkan zuriat yang soleh dan soleha.. Nak cari pasangan yang hensem dan berduet bukan susah bagi saya..tapi nak cari pasangan yang boleh membimbing saya dan anak-anak sangat susah saya nak perolehi pada zaman sekarang.. saya percaya jika mahu zuriat yang soleh dan soleha ia bermula dengan pemilihan bakal pasangan kita.. sebab tu saya tidak kisah apa tanggapan orang kepada saya kerana saya percaya allah lebih tahu niat saya..

Kadang-kadang apa yang kita hendak dalam idop tidak dapat.. apa yang kita tak nak selalu mengejar kita.. saya percaya pada takdir dan terima seadanya siapa jodoh saya..

Sumber: Facebook Bella Valentino

Screen Shot 2015-08-17 at 2.48.11 PM

Ini pula reaksi jejaka-jejaka Malaysia

bealla 2

So, good luck gais!

Screen Shot 2015-08-17 at 2.49.12 PM

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×