Ini bukan posting untuk berdebat dengan penulis asal. Tapi lebih kepada pencerahan untuk Followers saya dan anak muda yang lain. Selamat membaca. 👇🏻👇🏻👇🏻

"Semenjak dua menjak ni, banyak pulak viral pasal orang berjaya beli rumah di usia muda. Umur 24 tahun dah ada rumah sendiri lah, umur 26 tahun ada rumah sendiri lah. Yang berjaya beli 4-5 buah aset hartanah dalam usia bawah 30 lah."

Alhamdulillah, ini menunjukkan dah ramai anak muda yang celik hartanah dan sudi berkongs...i tips kepada netizen di Facebook sesuai dengan peredaran zaman. Tips dikongsi di FB secara percuma pula tu. Tak silap saya, yang paling baru viral adalah kisah Afiqah Nabilah.

"Okey, saya pun dah memiliki rumah sendiri, teres 2 tingkat, ketika usia saya 27 tahun. Saya nak kongsi macam mana saya boleh beli rumah sendiri pada usia muda. Part apply loan apa semua tu, takyah cite la, korang tau sendiri. Tapi nak cite part macam mana saya boleh dapatkan duit deposit 30% dari harga rumah. Ya. 30% deposit, bukan 10% atau kurang. 30%!!! Bagaimana cara saya mendapatkannya?

Mak saya yang bagi, lepas dapat duit jual rumah asal kami kat Cheras. Hahahahahahahahaha..!!"

Tahniah Tuan kerana dimudahkan Allah untuk beli rumah pertama. Dahlah rumah teres 2 tingkat pula tu. Bertuah sungguh.

Kalau nak share semua dalam satu artikel memang berjela-jelalah panjangnya. Cara dapatkan deposit, beli rumah modal minima, risiko pelaburan hartanah, lokasi hotspot dan lain-lain. Kenalah Follow FB mereka. Baca posting-posting mereka yang lain.

Lagipun, selain cara apply loan/financing, banyak juga tips lain yang Afiqah kongsikan dalam artikel yang viral tu. Hurm. Mungkin Tuan tak perasan.

"Kesimpulannya, aku tau ko post benda tu sebagai inspirasi kepada anak-anak muda lain. Tapi, jangan ingat anak-anak muda di luar sana hidup senang, gaji besar, lepas grad terus dapat kerja, macam kau. "

Semua orang tau fakta tu. Setiap orang lain perjalanan hidupnya. Kalau bijak sikit, mungkin para pembaca boleh adjust mana-mana yang patut supaya sesuai dengan situasi masing-masing.

"Part paling celaka bila ada komen-komen berbunyi "melayu memang pemalas", atau "bebudak muda nak benda senang je, tak reti usaha, pemalas dan pikiran sempit", atau "orang muda zaman skang asyik nak hidup bergaya je, fokus kat kereta, motor, tapi rumah tak nak beli" atau "benda mudah je sebenarnyew, tapi melayu kite yg muda2 khususnya pemalas. Tak nak cuba" dan yang sama waktu dengannya."

Komen-komen daripada netizen yang tak terkawal. Yang pro dan anti pelaburan hartanah kena gunakan bahasa yang lebih baiklah lepas ni. Komen-komen di posting asal Tuan pun boleh tahan dahsyatnya. Tapi bab "hidup bergaya, fokus kat kereta, motor tapi tak nak beli rumah" tu tepat dah nasihatnya. Tak baik juga mencelakakan orang lain.

"Jangan.. jangan cakap camtu. Ada pemuda berjiwa dan berazam besar, nak beli aset, tapi gaji ciput, apply loan kat bank tak lepas. Ada yang gaji lepas, tapi mak ayah uzur, perlu belanja besar, terpaksa la si anak ni bagi duit kat mak ayah. Ada yang kena khianat, jadi guarantor untuk kawan, kawan lari tak bayar, nama kita plak blacklist CCRIS."

Macam yang saya kata di atas, perjalanan hidup orang tak sama. Berkorban untuk mak ayah yang uzur besar pahalanya. Mungkin lambat sedikit mampu beli rumah. Takpa, asalkan ada kesedaran dan matlamat. Apply loan tak lepas, masalah guarantor, blacklist CCRIS ada caranya untuk bangkit semula. Sebab itulah kena belajar.

"So, ada baiknya tak payah share la cerita anda dapat beli rumah di usia muda tu, atau nak share pun, ubah ayat biar proper, ayat galakan, ayat bukan wajib beli rumah muda2, dan ayat meransang yang positif."

Jika perkara tu bagi impak yang positif kepada anak muda untuk memiliki rumah di awal usia, teruskanlah. Mungkin annoying dan tak berguna kepada sesetengah orang, tapi sebahagian besar yang lain, dapat manfaatnya.

"Aku ni ha kalau mak aku tak bagi duit tu, sampai ke sudah aku tak dapat beli rumah sendiri sebab tak dapat kumpul deposit. Harga rumah makin tinggi, rumah murah banyak "investors" kapitalis dah rembat, yang ada cuma rumah mahal-mahal. Kos sara hidup makin tinggi. Ringgit Malaysia tak stabil. Sekian. Kalau ada tak setuju, sorry. I don't care."

Pelabur hartanah sebaiknya cuba elakkan segmen pasaran yang ada sekatan khas terutamanya yang untuk pembeli rumah pertama saja. Contoh SelangorKu, rumah kos rendah, PPR dan lain-lain. Nak tau kenapa harga rumah makin mahal? Rujuk komen pertama saya.

Bila baca komen-komen dalam posting asal Tuan, saya lihat ramai yang selesa dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Padahal harga rumah makin naik. Belajarlah cara beli rumah secepat mungkin sementara masih muda.

Belajar daripada kisah mereka yang pernah viral sebelum ini dan Follow FB mereka untuk dapatkan tips kewangan dan hartanah percuma.

1. Muhammad Iqbal Hafifi (26 tahun)
2. Lothfi Ishak (23 tahun)
3. Syafieqah A'lya (24 tahun)
4. Afiqah Nabilah (25 tahun)

Semuanya kawan-kawan saya, muda-muda umur 26 tahun dan ke bawah ni. Allah hadirkan mereka untuk bantu anak muda supaya celik hartanah. Follow mereka. Saya ada tag mereka dalam posting ni. - HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Nota: Boleh sangat kalau anda tak bersetuju dengan saya. Ini hanya pendapat peribadi.

Penulis asal: Syapik Hassan.
Olahan: Harith Faisal.

See more
— with Iqbal Hafifi and 3 others.