IIUM Confessions - BM
about 8 years ago

Assalamualaikum. Pertama-tamanya nak ucapkan terima kasih buat admin sebab sudi siarkan post ni. Diharapkan kisah yang aku share ni dapat dijadikan inspirasi buat semua yang sudi membacanya.
Kisah yang aku nak cerita ni bukan kisah aku, bukan juga cerita dongeng tapi cerita sebenar yang terjadi pada kawan merangkap tunang aku.
Aku kenal tunang aku ni masa aku form 2 lagi. Waktu tu tunang aku form 4. Kami kenal menerusi Friendster (sekarang dah takde. Masa tu Friendster dengan... myspace tengah hot macam fb & twitter sekarang ni). Kami tak pernah berjumpa sebab dia tinggal di Pahang manakala aku pula di Kelantan. Aku anggap tunang aku (masa tu kawan lagi) macam bestfriend alam maya lah.
Aku dengan tunang aku ni (honestly bukan nak puji diri sendiri) kalau nak compare bab belajar masa zaman sekolah, aku lagi hebat dari dia. PMR aku 9A, dia pula 3A 5B. SPM aku pulak 10A, dia cuma 2A 3c 1D 1E je. Tunang aku ni sebenarnya cousin kepada bestfriend aku. So banyak kali jugak lah dia tak setuju aku rapat dengan cousin dia tu sebab dia cakap aku ni lagi layak untuk dapat orang yang jauh lagi baik, bijak pandai berbanding cousin dia tu. Dia tegur macam tu pun sebab kami ni dah macam pasangan couple dah waktu tu sebab kami rapat, selalu chit chat (poyo je padahal tak pernah jumpa pun). Tapi aku rileks je sebab masa tu tak fikir pun kitorang akan sejauh ni. Tapi disebabkan aku ni memang dari kecik lagi suka berkwan dengan orang bermasalah, so aku tak de la memilih nak berkwan dengan orang bijak pandai, kaya raya je.
Long story short (tapi still panjang giler sebab perjalan hidup 10 tahun). Lepas dapat result SPM tu aku ingat lagi dia sms cakap pasal dia punya frust tu sampai tak balik rumah sebab malu nak bagitahu parents. Dia malu sebab dah macam burukkan nama keluarga. Dia anak sulung. Latar belakang keluarga besar(sepupu sepapat) pulak semua berjaya dalam pelajaran. Semua yang jenis result straight A, belajar luar negara. Kiranya dia la satu-satunya cucu cicit yang tak pandai. So obviously dia sangat merendah diri sebab sedar beza dia dengan yang lain.
Lepas dapat result spm tu dia apply UPU & matrikulasi tapi malangnya dua-dua tak dapat. Ye la, result ada E, memang susah nak dapat tempat. Lepas tu dia kena paksa dengan ayah untuk sambung diploma dekat satu institusi swasta di bawah pinjaman MARA sebab dah tak ada tempat nak sambung belajar. Disebabkan belajar dalam keadaan terpaksa dan tak minat, result first sem dia cuma pointer 2.9 sahaja.
Kisah kesusahan dan kebangkitan dia bermula semasa sem 3. Family problem. Aku sangat terkejut dapat berita tentang parents dia bercerai. Malam tu dia sms cakap dah tak tahu nak buat macamana. Mak ayah dia bergaduh teruk. Dia ambil adik-adik masuk bilik sebab tak nak adik-adik dia dengar pergaduhan tu (dia sulung 6 beradik). Selang beberapa minit dia sms cakap dia dah tak boleh buat apa. Ayah dia keluar rumah dan mintak dia jaga keluarga. Seriously aku terkejut sebab yang aku tahu keluarga dia keluarga bahagia. Ayah businessman, mak dia pun bekerja. Kiranya pada aku, keluarga dia keluarga yang senang. Tiap-tiap tahun mesti bergambar pakai baju sama warna dengan muka ceria semuanya. Aku langsung tak percaya semua tu boleh terjadi dan minta dia bersabar dan pujuk ayah untuk balik semula ke rumah. Tapi dia cakap dia dah buntu. Malam tu dia call, nangis-nangis cakap kat aku yang dia ni anak tak guna. Aku yang memang jenis blur ni mampu cakap sabar je, sedangkan kalau aku kat tempat dia, mesti aku pun nak gila punya. Yang aku masih ingat, dia cakap malam tu dia tenangkan mak dia. Mak dia berdarah kat kepala. Dia pulak berdarah kat lengan sebab cuba halang ayah daripada pukul mak dia. Aku sekadar mendengar sahaja segala yang dia alami waktu tu sebab tak mampu buat apa-apa pun.
Lepas parents dia bercerai, aku mula nampak kesungguhan dan kejayaan dia. Aku nampak dia berubah daripada seorang anak yang manja (sebab menangis masa first time belajar diploma jauh dari keluarga) kepada seorang anak yang gagah kuat ketika usianya 19 tahun. Dalam keadaan susah kena halau dari rumah, dia uruskan keluarga untuk balik dan tinggal di kampung di Kelantan bersama atuk dan nenek (sebab dia anak sulung dan sangat berpegang dengan amanah ayah dia untuk jaga keluarga). Allah bagi dia rezeki. Daripada cgpa 2.9, dia mampu improve sampai dapat 3.4, kemudian 3.75 (masa ni excited sikit sebab pointer kitorang sama walaupun masa ni aku tengah asasi sem 1 manakala dia diploma sem 4). Sem 5 & 6 dia dapat best student award department. Seriously rezeki dia mencurah-curah. Aku lihat sendiri susah payah dia, senyum tangis dia nak hadapi keadaan bercerai-berai, turun naik kl-kelantan, jalankan peranan sebagai anak sulung nak menjaga adik-adik yang mula memberontak lepas penceraian tu, kena fitnah dengan keluarga sendiri dan macam-macam lagi yang dia dan keluarga hadapi. Tapi disebabkan sayang dan hormatnya dia pada mak dan amanah ayah pada dia (dia tetap hormat ayah walaupun bercerai disebabkan orang ke 3), Allah rezekikan dia untuk dapat best overall mechatronic project. Then, banyak tawaran kerja best-best yang dia dapat selepas tamat diploma. Tapi semua tawaran tu dia terpaksa tolak sebab mak nak dia sambung degree. Dia hormat keputusan mak dia dan selalu cuba untuk penuhi hasrat dan kehendaknya. Rezeki tak menyebelahi dia waktu dia ambil MUET sebelum masuk ke alam universiti. Dia cuma dapat band 2 tapi sudah memadai untuk dia menyambung pelajaran di universiti tempatan.
Selepas tamat diploma, dia apply UPU sekali lagi dan Alhamdulillah berjaya. Dia punya excited, Tuhan sahaja yang tahu sebab dia memang bercita-cita untuk masuk IPTA. Sem 1 dia di sana, Alhamdulillah dia berjaya dapat deanlist. Tak sampai setahun belajar di sana, dia dapat offer biasiswa MARA luar negara. Dia memang tak pernah sangka atau bermimpi sekalipun untuk menuntut di luar negara tapi mungkin disebabkan kasih sayang yang diberikan pada mak dan adik-beradik, dia dapat juga tawaran sebegitu. Halangan terbesar sebelum dia nak sambung belajar oversea is IELTS. Tunang aku ni memang tak pandai English. MUET pun band 2. Kalau aku sms dia cakap English, tak pernah pun dia nak reply dalam English. Kalau ada pun mesti spelling error merata, grammar ke laut ( Eceh macam aku ni power sangat. Hehe).
Pada mulanya dia tak nak sambung belajar di luar negara sebab tahu akan kelemahan diri dia dan nak jaga mak dan adik-adik sebab bagi dia itu amanah paling besar. Tapi disebabkan mak dia terlalu berharap untuk tengok si anak belajar di luar negara, dia pun terpaksa ikut kehendak mak sebab dia sayang sangat-sangat mak dia. Dia dah tak sanggup tengok mak dia bersedih. Dia dah janji nak buat mak dia gembira. Dalam masa 2 bulan, dia join tuisyen untuk improve English. Aku dah start risau sebab bagi aku 2 bulan macam tak cukup masa untuk dia betul-betul improve English. Lagipun orang cakap IELTS jauh lagi susah dari MUET. Tapi nak cerita rezeki Allah pada dia sebab selalu usaha nak bahagiakan mak, Alhamdulillah dia berjaya dapat 7.0/9.0 dan berjaya melayakkan diri untuk belajar di oversea. Pergh ingat senang ke nak dapat. Aku pun MUET band 3 je dulu.eheh!
Then bermula lah kehidupan dia sebagai budak lepasan diploma di University of Sheffield. Masa kat oversea kitorang tak contact sekerap di Malaysia sebab berbeza masa dan aktiviti harian. Cuma dia selalu mengadu kat aku yang dia penat nak belajar lebih daripada orang lain belajar. Sampai satu tahap dia stress dia cakap dia penat nak bahagiakan orang sedangkan dia terseksa macam tu masa belajar kat sana. Banyak kali dia cakap nak give up, dia buat semata-mata nak gembirakan mak dia. Dia stress sebab dia slow English. Sedangkan lecturers kat sana punya slang bermacam-macam jenis. Dia selalu tak dapat pickup waktu dalam kelas. Dia terpaksa menuntut ilmu dengan kawan-kawan lepas habis kelas. Sebenarnya dia malu dengan kawan-kawan sebab mereka semuanya yang memang asal sekolah-sekolah hebat, yang dapat SPM straight A, yang datang ke oversea sebagai lepasan A level, sedangkan dia pelajar yang lemah, SPM pun ada E. Bila waktu exam, siang malam dia melekat di library. Kalau nak mintak kawan ajarkan, dia selalu offer diri jadi kuli untuk masak and beli barang-barang untuk kawan-kawan. Dia selalu cakap yang dia sedar diri yang dia bukanlah pelajar yang bijak, sebab tu dia usaha berganda-ganda daripada orang lain.
After 2 years, Alhamdulillah finally he done with his study. Walaupun ramai kawan-kawan yang sangkut sebab tak lulus, tapi Alhamdulillah dia berjaya gred sebagai Bachelor of Engineering Mechatronics and Robotics Engineering with hounours. Bahagia dapat tengok dia dapat bawak mak dia jalan-jalan oversea dan terima anugerah konvokesyen anak sulung di sana. Aku sendiri tak dapat gambarkan perasaan dia dan mak dia. Tapi yang aku tahu, aku gembira dan bangga punya kawan setabah dia.
Alhamdulillah bebrapa bulan selepas gred, dia memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di institusi yang dia pernah menuntut ilmu dulu. Sekarang ni dia aim nak sambung master dan nak dapatkan title Dr sebelum umur 35. Katanya tak nak bini je doktor, dia pun nak jugak ada title Dr walaupun sekadar doktor falsafah. Hehe. Doakan dia ya.
Doakan kami jugak. InsyaAllah bulan 10 nanti kami bakal berkahwin. Cukup 10 tahun kami berkenalan, lepas ni dah boleh mengadu depan-depan, tak payah nak beralam maya lagi. Alhamdulillah, banyak aku belajar dari kisah hidup dia dan aku bangga untuk berkongsi cerita tentang dia yang aku kenal dari zero to hero. Pengajarannya, janganlah kita lemah apabila ditimpa musibah. Carilah kekuatan di sebalik kesusahan, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa walau apa jua keadaan. Sentiasalah berusaha untuk menggembirakan ibu kita dan jadilah anak yang soleh. Bila ibu reda, insyaAllah Allah juga reda dengan kita. Rezeki Allah itu luas, maka sesiapa yang berusah mendapatkannya, dia akan berjaya. Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Aku akhiri cerita ini dengan sepotong ayat “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak megetahui.” (Al-Baqarah, ayat 216)

-hanaishiteru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

See more
www.iiumc.com