Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday 1 February 2013

Apple akan menggunakan Carbon Fiber gantikan Aluminium?

Apple akan menggunakan Carbon Fiber gantikan Aluminium?


Pada hujung bulan lepas, Macotakara (portal berita Jepun) melaporkan bahawa Apple menempah komponen carbon fiber untuk sebuah produk rahsia daripada sebuah syarikat di Jepun. Tempahan yang dibuat oleh Apple dikatakan agak besar dan banyak, bukannya untuk membuat sampel, menurut laporan tersebut. Tetapi tiada info lanjut mengenai produk apakah yang sedang dicuba oleh Apple.

Macotakara juga melaporkan bahawa tempahan tersebut adalah hasil kerjasama Apple dan syarikat carbon fiber selama lebih tiga tahun. Apple dikatakan mahukan carbon fiber serba baru yang berbeza dengan apa yang ada di pasaran ketika ini.

Minat Apple terhadap carbon fiber telah lama diketahui umum, apabila 4 tahun lalu Apple dikatakan akan mengeluarkan Macbook Air yang direkacipta dengan carbon fiber. Kemudian, Apple ada membuat patent mengenai penggunaan bahan tersebut dan tahun lepas, Apple dikatakan mencuba carbon fiber pada badan iPad 2.

Masih tiada sebarang produk yang menggunakan carbon fiber setakat ini. Adakah kita akan melihat Apple menggantikan aluminium dengan carbon fiber bermula tahun hadapan? Adakah iPad 4 yang bakal dilancarkan pada Mac 2013 akan menggunakan carbon fiber serba baru yang lebih ringan dan kukuh? Sama sama kita nantikan.

Rujukan : http://cinta.my/macbook

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press